Quantcast
Channel: Koleksi Cerita Cerita Lucu
Viewing all 50 articles
Browse latest View live

Cerita Lucu: Nama saya Ali

$
0
0

Suatu pagi di kelas darjah 1...

Cikgu: Siapa nama kamu ?
Ali : Nama saya Ali cikgu.
Cikgu: Nama penuh?
Ali: Manalah saya tahu cikgu,saya bukan penuh, saya Ali
Cikgu: @!$@%^#@@#%

Cerita Lucu: Nama Panjang

$
0
0

Zainal baru mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Mawar dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut bertanya kepada murid berkenaan.

Cikgu Zainal : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik angkat tangan & berdiri).

Cikgu Zainal : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Zainal, nama saya sangat panjang ..”.

Cikgu Zainal : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Zainal menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah selesai mengajar di kelas 3 Mawar, Cikgu Zainal kemudian masuk ke darjah 1 Dahlia dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Zainal tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Zainal menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Zainal melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Mawar.

Cikgu Zainal : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ada Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Zainal : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Zainal :@$%&#^%

Cerita Lucu: Kambing Putih dan Kambing Hitam

$
0
0
AMARAN! Dinasihatkan kalau anda sedang stress jangan baca sampai habis.....

Karim : Baguslah ternakan kambing Pak Ali. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik Ali : Boleh je...

Karim : Berapa jauh kambing ni berjalan setiap hari?
Pakcik Ali : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Karim : Yang putih.
Pakcik Ali : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Karim : Yang hitam?
Pakcik Ali : Yang hitam pun sama...

Karim : Berapa banyak plak rumput kambing ni makan setiap hari?
Pakcik Ali : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Karim : Yang putih?
Pakcik Ali : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Karim : Dan yang hitam?
Pakcik Ali : Yang hitam pun sama...

Karim : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik Ali : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Karim : Yang putih?
Pakcik Ali : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Karim : Dan yang hitam?
Pakcik Ali : Yang hitam pun sama...

Karim : Kenapa Pak Ali membezakan kambing yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik Ali : Mestilah...sebab kambing yang putih itu Pakcik yang punye.
Karim : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
.
.
.
.
.
Pakcik Ali : Yang hitam pun sama.....
Karim : Pakcik  ni memang kreatif lah beb! / :) / :| / :( / >;( / ;0

Cerita Lucu : Nasi Lemak 50 sen

$
0
0

Ali beli nasi lemak 50 sen 
→ makan 
→ tinggal separuh 
→ nampak lalat dalam nasi lemak
→ jumpa mak cik jual nasi lemak tadi 
→ bagitahu ada lalat 
→ mak cik jawab ' Hok alorh , nasi lemak 50 sen takkan nak letak ayam plak ?

Cerita Lucu: Selfie di Pavilion

$
0
0

Sarah make up 2 jam ---> 
Bawa RM5 ---> 
Pergi Pavilion ---> 
Masuk toilet ---> 
Buat gaya duckface ---> '
Ambil gambar ---> 
Balik rumah ---> 
Upload dalam Facebook ---> 
Letak caption "penatla shopping kat pavi tadi. Habis duit kite RM500" --->
Emak komen "tadi mak bagi RM5 je kan?" --->
Block akaun Facebook emak

Cerita Lucu: Perfume Mahal Perfume Murah

$
0
0

Seorang lelaki masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan.

Tiba di tingkat satu, masuk sorang perempuan cantik lalu menyembur perfume ke tubuhnya."Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya angkuh. Terkejut si lelaki dengan tingkahlaku perempuan cantik itu.

Sampai tingkat tiga, masuk pula seorang mak datin yang juga menyembur perfume ke tubuhnya. “Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol ,” kata mak datin tu lagi angkuh berbanding perempuan cantik tadi. Naik menyampah si lelaki tadi.

Sampai di tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan lelaki itu bersedia keluar dari lif. “Proootttt!!! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan “gas aslinya” dalam lif tu.

“Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,”kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua perempuan kerek yang mula termuntah dalam lif.

Cerita Lucu: Bakal Menantu

$
0
0

Bapa perempuan : Kamu nak bawa isteri kamu tinggal mana lepas kahwin?

Bakal menantu : Saya akan ikut kehendak anak pakciklah.

Bapa perempuan  : Majlis bagaimana kamu kehendaki bagi meraikan hari perkahwinan tu nanti?

Bakal menantu: Saya ikutkan saja kehendak isteri pakcik.

Bapa perempuan : Bagaimana kamu hendak menanggung isteri dan keluarga kamu nanti?

Bakal menantu: Yang ini saya serahkan pada pakciklah!!!

Kisah Lucu Majikan dan Drebar

$
0
0

Suatu malam dua orang kaya sedang duduk santai di bistro, sambil berborak kosong tentang orang gaji masing-masing

Org Kaya 1: “U tahu tak, drebar (driver) I tu bodoh betul. Kalau tak percaya tengok ni…”

Terus dia panggil si Adi drebarnya.

“Adi, ini RM10 , pergi ke kedai, dan belikan saya kereta ferrari.” Adi pun menjawab dengan sopan, “Yes Sir!! Right Away!!”

Terus dia bergegas ke kedai kereta. Orang Kaya I itu terus mengatakan pada kawannya tu, “Tengok, kan betul tu? Dia bodoh”

Org Kaya II: “Haha, itu ok lagi… saya punya orang gaji lagi bodoh”.

Terus si Org Kaya II memanggil Ali, “Ali, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak”

Ali: “Yes Sir!! Right Away!!” Ali pun bergegas ke rumah tuannya.

Orang kaya II memandang temannya sambil ketawa. Tidak berapa lama kemudian kedua-dua orang gaji ini bertemu di tengah jalan.

Adi: “Eh, kau tahu tak, Majikan aku tu  bodoh betul. Dia bagi aku RM10 dan suruh pergi beli ferrari, manalah boleh kan sekarang dah malam tentulah kedai kereta tutup..”

Ali: “Majikan aku pun bodoh juga. Ada ke dia boleh suruh aku balik umah tengok dia ada kat umah ke tidak.. Kalau guna telefon kan senang...”


Kisah Lucu Dapur Paling Bersih

$
0
0

Sepasang suami isteri menyambut ulangtahun perkahwinan mereka dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka disapa oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik restoran : "Bagaimana pendapat anda dengan sajian dan layanan kami?"

Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di sini."

Pemilik restoran : "Dapur yang paling bersih?... tidak pergi ke dapur, bagaimana boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"

Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."

Kisah Lucu Exam dan Dadu

$
0
0

Dalam satu exam yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, kelihatan seorang pelajar  menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab.

Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua.

Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, "Apa yang kamu buat tu?"

Pelajar : "Saya sedang semak jawapan saya."
Viewing all 50 articles
Browse latest View live